Tuesday, 15 May 2012

::: Video Kumpulan :::


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, kami telah menghasilkan sebuah video berkenaan cara penghasilan aiskrim... semoga bermanfaat & selamat mencuba!



Monday, 14 May 2012

::: Produk Kreatif: Lori Minyak :::


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pada kali ini saya telah diberi tugasan untuk menghasilkan produk berasaskan sumber minuman seperti tin, botol plastik, kotak minuman dan botol kaca. Alhamdulillah, saya telah berjaya menghasilkan sebuah Lori Minyak. Meskipun ianya tidaklah begitu sama dengan realiti sebuah Lori namun, sekurang-kurangnya, produk saya mampu menggambarkan rupa sebuah Lori.

Baiklah antara bahan-bahan yang di perlukan hanyalah 6 biji penutup botol minuman sebagai tayar, 2 kotak minuman sebagai tapak lori dan kepala lori, straw kotak minuman sebagai ekzos dan satu tin minuman sebagai badan. Hasilnya adalah seperti yang berikut:


 1) Pandangan tepi lori bahagian kiri: 



 2) Pandangan tepi lori bahagian kanan: 



3) Pandangan atas lori:




4) Pandangan Sisi Atas:


5) Pandangan dari  sisi bawah:





6) Pandangan Hadapan:


7) Pandangan Belakang:



8) Pandangan Tapak Lori:


9) Pandangan Sudut tepi belakang:


10) Pandangan Sudut tepi Hadapan:



Di sediakan oleh,


Saturday, 12 May 2012

:::Isu Teknologi & Inovasi dalam pendidikan : Inovasi di dalam Pendidikan :::


بسم الله الرحمن الرحيم


Dewasa kini, pendidikan amatlah penting di dalam kehidupan. Namun begitu, corak pendidikan haruslah selari dan sesuai dengan arus kemajuan negara di mana penyerapan teknologi yang menjadi asas kepada kemajuan itu. Teknologi yang membangun pesat tidak menghalang pelbagai golongan untuk menikmati kemajuan ini, malah kebebasan kemajuan teknologi sudah sampai sehingga ke setiap pelosok kawasan pedalaman di Malaysia. Hakikatnya, sejauh mana teknologi ini mampu menjaminkan penghasilan golongan akademik yang mampu menerajui dan membawa Malaysia ke persada Dunia?


Teknologi di dalam pendidikan tidak lengkap tanpa inovasi. Hal ini kerana, teknologi dan inovasi menjadi komponen yang jitu untuk memastikan penyampaian ilmu yang lebih baik jika dibandingkan dengan cara penyampaian ilmu pada beberapa abad yang lepas. Oleh itu, teknologi mampu untuk membawa nama Malaysia mekar di persada Dunia dengan adanya inovasi. Menyentuh inovasi ini, teringat saya pada laman akhbar bertarikh 28 Februari 2012 iaitu apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyatakan hasrat untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat di peringkat akar umbi melalui pengkormesialan inovasi. Memetik kata-kata beliau,


“Saya percaya inisiatif itu (inovasi) akan dapat menangani isu-isu kritikal seperti pembangunan modal insan, bilangan penyelidik yang masih rendah, kemajuan kurang menarik dalam kerjaya sains, pelaburan pembangunan dan penyelidikan (R&D) yang sederhana dan tahap inovasi yang belum memuaskan,” katanya.
“Diharapkan inisiatif yang diambil akan membantu tingkatkan kedudukan tahap daya saing negara,” kata Perdana Menteri.

Inovasi begitu penting dalam memastikan penghasilan modal insan untuk kebaikan masa hadapan. Namun begitu, apakah cara untuk memastikan bahawa inovasi selari dengan kemajuan teknologi dapat diterapkan di dalam institusi pendidikan di Negara Malaysia?


Pada pandangan saya, beberapa kaedah boleh di ambil untuk penerapan inovasi di dalam diri setiap individu di Malaysia, seperti mewujudkan subjek khusus teknologi dan inovasi di setiap peringkat bermula dari sekolah rendah, memperkasakan kemudahan teknologi seperti kemudahan internet dan komputer dan menjalankan pemeriksaan tahap keberhasilan inovasi menerusi peperiksaan.

Baiklah yang pertama, subjek khusus teknologi dan inovasi di setiap peringkat bermula dari sekolah rendah dan menjalankan pemeriksaan tahap keberhasilan inovasi menerusi peperiksaan. Rasional kaedah ini adalah kerana, dari peringkat seawal umur 8 tahun lagi kita mampu mendidik dan merangsang minda anak-anak kecil supaya pemikiran mereka lebih kreatif dan tidak menyekat mereka berfikir sehingga di luar kotak pemikiran. Namun begitu, subjek itu hendaklah bermodul dan ringan agar ia dapat diterima dengan baik oleh setiap peringkat usia. Setelah itu, kita perlu menjalankan pemeriksaan tahap keberhasilan inovasi menerusi peperiksaan. Peperiksaan yang dimaksudkan bukanlah hanya menjawab di atas kertas tetapi peperiksaan berbentuk projek seperti projek penghasilan produk kreatif melalui bahan-bahan kitar semula.


 ~contoh semata-mata 

Yang kedua ialah memperkasakan kemudahan teknologi seperti kemudahan internet dan komputer. Kemudahan ini adalah sebagai salah satu alternatif untuk membantu memudahkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Walau bagaimanapun, kemudahan ini hendaklah digunakan secara terkawal dan perlu sentiasa dipantau agar tiada penyalahgunaan berlaku.

Secara tuntasnya, teknologi dan inovasi di dalam pendidikan merupakan salah satu alternatif untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam memastikan  Malaysia sentiasa mendapat tempat di persada Dunia. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maka, setiap usaha perlulah di laksanakan sejak usia kecil agar ia terus menjadi kebiasaan sehingga dewasa.

Sekian.


~melentur buluh biarlah dari rebungnya


Di sediakan oleh,




:::10 video Teknologi dan Inovasi di dalam Pendidikan::


بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam pemilihan video yang bersesuaian dengan teknologi dan inovasi dalam pendidikan, saya memilih video-video dari sumber www.youtube.com bertemakan subjek 'Biologi'. Rasional saya memilih subjek ini adalah kerana, saya pernah mengambil subjek ini semasa berada di Matrikulasi Perak pada tahun 2009. Di mana, subjek ini merupakan subjek yang mempunyai banyak fakta untuk dihafal dan difahami. Maka, menerusi pembelajaran melalui video, ia mampu membantu untuk memudahkan untuk faham dan hafal. Video-video yang telah saya pilih ini mempunyai beberapa topik yang di sampaikan menerusi nyanyian. Menerusi pengalaman saya, apabila saya belajar biologi dengan cara menjadikan fakta-fakta sebagai lirik-lirik nyayian, ianya amat memudahkan dan membantu saya mendapat keputusan dengan lebih baik. Baiklah, selamat menonton!

























Di sediakan oleh,



Tuesday, 8 May 2012

::: Gambar-gambar inovasi :::


بسم الله الرحمن الرحيم


INOVASI DI ALAF INI

------- >>>> Kategori: Kenderaan <<<<< ------

1-     3D Express Coach



Dalam usaha untuk mengurangkan rumah hijau dan mengurangkan kesesakan tanpa pelebaran jalan, Syarikat Shenzhen Huashi Alatan Masa Depan Parkir di China sedang mengembangkan suatu “3D Express Coach” (juga dikenali sebagai “tiga-dimensi bus cepat”). Inovasi tersebut akan membolehkan kereta kurang dari 2 meter tinggi untuk pelancongan di bawah tingkat atas kenderaan, yang akan membawa penumpang. Menurut China Hush, 3D 6-meter-lebar Express Coach akan disokong oleh gabungan elektrik dan tenaga matahari, dan akan dapat melakukan perjalanan hingga 60 kilometer per jam tercatat beberapa 1200-1400 penumpang. 115 batu jalan pertama ditetapkan untuk pembinaan di daerah Mentougou Beijing pada tahun 2010 akhir. Ketua syarikat Masa Depan Huashi Parkir Alatan berbangga akan mengambil hanya satu tahun dan 500 juta yuan (sekitar $ 73 juta) untuk membina sistem pengangkutan futuristik.



2-     Solar Powered Electric Bike 





Solar Powered Electric Bike atau Basikal berkuasa Solar ini telah diadaptasi oleh Miroslav Miljevic. Keistimewaan dan kelainan basikal ini adalah ia memiliki atap yang berupaya menghalang dari terkena pancaran panas mentari dan hujan. Malah, basikal ini mampu membantu memudahkan manusia selain menjimatkan kerana boleh dicas menggunakan solar atau cahaya matahari. Selain ia berupaya mengurangkan pembaziran tenaga manusia.





3-     Grasshopper: Folding Electric Bike




David Gonçalves telah mencipta reka bentuk basikal “Grasshopper: Folding Electric Bike” iaitu basikal yang seperti belalang. Jika dilihat ramai pencipta basikal yang mencipta basikal berkuasa elektrik dan sebagainya. Namun berbeza dengan David Gonçalves, beliau bukan sahaja inovatif malah kreatif dengan menghasilkan idea basikal yang sangat unik dan menarik dengan hanya berasaskan seperti serangga.




4-     Incredible Folding Backback Bicycle





Sanggup  untuk berbasikal di gunung?  Tapi perjalanan yang jauh pasti memenatkan untuk membawa bersama basikal. Beg Basikal lipat Bergmönch menghilangkan masalah itu. Tidak hanya kecil dan ringan, basikal ini juga mampu melipat dirinya sendiri dalam tempoh kurang dari dua minit dalam konfigurasi yg selesa


------- >>>> Kategori: Kipas <<<<< ------


5-     KIPAS TANPA BILAH





Pencipta dari Britain yang menghasilkan pembersih vakum tanpa beg, Sir James Dyson kini memperkenalkan peralatan rumah terbaru rekaannya iaitu kipas angin elektrik tanpa bilah. Semasa melancarkan produk tersebut, Dyson berkata, kipas tersebut yang dinamakan Dyson Air Multiplier mampu menghasilkan angin yang kuat. Menurutnya, dia mendapat idea untuk mencipta kipas itu selepas meneliti alat pengering tangan yang menyedut banyak angin di sekitarnya. Dyson berkata, selain senyap, produk itu juga lebih selamat berbanding kipas angin biasa kerana ia tidak mempunyai bilah yang boleh mencederakan jari jika disentuh oleh kanak-kanak. Ia berfungsi dengan menolak udara sehingga mencecah kelajuan 35.2 km sejam melalui bukaan kecil selebar 1.3 mm di sekelilingnya. Kipas angin berharga £199 (RM1,066) itu mula dijual di beberapa kedai utama di sini. Dianggarkan memiliki kekayaan mencecah £500 juta (RM2.6 bilion) Dyson, 62, muncul sebagai pereka terbaik Britain susulan kejayaannya mencipta pembersih vakum tanpa beg yang direkanya sekitar tahun 1990-an.

6-     Cas Iphone Guna Kipas – Wind-Powered iPhone Charger




Pereka dari Belanda, Tjeerd Veenhoven mencipta satu alat alternatif untuk cas bateri telefon tanpa menggunakan sumber elektrik diberi nama ifan. Ujian yang dilakukan Veenhoven adalah pada Iphone sebab itu diberi nama Ifan. Di Belanda memang terkenal dengan kincir angin untuk dijadikan sebagai sumber penjana tenaga elektrik terutamanya di Westereems Wind Park,Belanda.

7-     Jaket penyejuk badan





      KUCHOFUKU yang bermaksud 'pakaian berhawa dingin', telah menerima tempahan yang tinggi ekoran catuan tenaga elektrik di Jepun selepas bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu pada 11 Mac lalu. Bateri untuk 11 jam. Produk tersebut dianggap paling signifikan sejak loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi ditutup gara-gara terjejas teruk dek bencana. Gangguan terhadap bekalan tenaga elektrik menyebabkan kerajaan mengisytiharkan syarikat-syarikat besar di Tokyo dan wilayah utara Tohoku wajar mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 15 peratus. Inisiatif tersebut secara tidak langsung tidak memerlukan para pekerja menanggalkan tali leher atau menaikkan suhu penyaman udara untuk keselesaan semasa bertugas.Kuchofuku yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2004, telah menarik perhatian dan mendapat permintaan tinggi daripada pihak pengilang dan syarikat pembinaan. Menariknya baru-baru ini, mereka turut menerima tempahan yang banyak daripada kumpulan pekerja yang bekerja di pejabat dan suri rumah. Jaket penyejuk udara bersaiz standard dijual pada harga 11, 000 yen (RM422), manakala saiz yang lain dijual pada harga yang lebih tinggi.



------- >>>> Kategori: Produk Harian<<<<< ------


8-     pengusir nyamuk beraroma terapi





Bugslock gelang anti nyamuk adalah untuk mengusir nyamuk dengan aroma 100% alami(citronela). Bugslock memiliki bentuk gelang unik dan mengikut fesyen yang dapat mencegah nyamuk dari mendekati kita dengan memakainya di pergelangan tangan atau kaki, atau diletakkan di mana bugslock tersebut dapat memancarkan aroma sehingga nyamuk/serangga tidak suka tinggal disitu.
Bugslock sangat sesuai untuk dibawa dan selesa digunakan karena menggunakan 100% aroma serai  yang tidak disukai nyamuk. Produk ini tidak beracun dan dapat digunakan sebagai langkah awal mengelakkan penyakit berbahaya.

9-     Penyedut Hampagas Berinovasi


Percaya atau tidak, penyedut hampagas (vacuum) di atas diperbuat daripada bahan kitar semula iaitu kotak. Jake Tyler, seoran pelajar reka bentuk industri berjaya mencipta hampa gas tersebut dan berharap dapat memasarkan produk tersebut di Asia seperti Hong Kong dan China. Beliau berkata: “Saya mendapat idea apabila mengeluarkan pembersih hampagas dan berfikir bagaimana untuk mengurangkan sisa sebanyak mungkin. Ia adalah mengenai alam sekitar dengan menggunakan kadbod yang boleh dikitar semula”



10- Mesin Air untuk mengambil Wuduk



Tempat wuduk yand dikenali auto-washer ini telah di perkenalkan di Tanah Arab. Kelebihan mesin ini adalah memudahkan bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Selain itu, mesin ini sebagai alternatif menjimatkan air dan masa. 



Di sediakan oleh,

Wednesday, 14 March 2012

:::Pembuka Kata:::

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,
Alhamdulillah.. Saya telah berjaya melahirkan blog yang kedua selepas blog saya yang pertama iaitu, Destinasi Kehidupan Seorang Insan telah dihasilkan pada tanggal 27 September 2010.

Tujuan

Penghasilan Blog ini yang pertamanya adalah:
 Sebagai salah satu syarat bagi Subjek Teknologi & Inovasi dalam Pendidikan
  Sebagai Medan perkongsian Ilmu
 Sebagai titik permulaan saya untuk menjadi seorang pensyarah.. 
    mudah-mudahan.. insyaALLAH.. =)


Harapan


Harapan saya agar blog ini mampu memberi natijah yang baik untuk kita semua dalam proses mendalami dan memahami ilmu tidak kira apa pun bidang yang kita ceburi. insyaAllah saya akan cuba juga berkongsi tentang ilmu yang saya pelajari tidak kira dalam Subjek Teknologi & Inovasi dalam Pendidikan malah dalam kos saya iaitu Ijazah sains dengan Kepujian (Matematik).


Wallahu'alam.


 



Di sediakan oleh,

MY PROFILE

Nama : Nurfarhani Mokhtar

No Matrik : A133706

Program : Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Matematik)

Tahun Pengajian : 2

Semester : Sesi 2 2011/2012

Tutorial : Hari : Selasa


Masa : 8-10 Malam


Tempat : Makmal Komputer 3,Dewan Budiman

E-Mail : hanieybeserians@yahoo.com