Saturday, 12 May 2012

:::Isu Teknologi & Inovasi dalam pendidikan : Inovasi di dalam Pendidikan :::


بسم الله الرحمن الرحيم


Dewasa kini, pendidikan amatlah penting di dalam kehidupan. Namun begitu, corak pendidikan haruslah selari dan sesuai dengan arus kemajuan negara di mana penyerapan teknologi yang menjadi asas kepada kemajuan itu. Teknologi yang membangun pesat tidak menghalang pelbagai golongan untuk menikmati kemajuan ini, malah kebebasan kemajuan teknologi sudah sampai sehingga ke setiap pelosok kawasan pedalaman di Malaysia. Hakikatnya, sejauh mana teknologi ini mampu menjaminkan penghasilan golongan akademik yang mampu menerajui dan membawa Malaysia ke persada Dunia?


Teknologi di dalam pendidikan tidak lengkap tanpa inovasi. Hal ini kerana, teknologi dan inovasi menjadi komponen yang jitu untuk memastikan penyampaian ilmu yang lebih baik jika dibandingkan dengan cara penyampaian ilmu pada beberapa abad yang lepas. Oleh itu, teknologi mampu untuk membawa nama Malaysia mekar di persada Dunia dengan adanya inovasi. Menyentuh inovasi ini, teringat saya pada laman akhbar bertarikh 28 Februari 2012 iaitu apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyatakan hasrat untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat di peringkat akar umbi melalui pengkormesialan inovasi. Memetik kata-kata beliau,


“Saya percaya inisiatif itu (inovasi) akan dapat menangani isu-isu kritikal seperti pembangunan modal insan, bilangan penyelidik yang masih rendah, kemajuan kurang menarik dalam kerjaya sains, pelaburan pembangunan dan penyelidikan (R&D) yang sederhana dan tahap inovasi yang belum memuaskan,” katanya.
“Diharapkan inisiatif yang diambil akan membantu tingkatkan kedudukan tahap daya saing negara,” kata Perdana Menteri.

Inovasi begitu penting dalam memastikan penghasilan modal insan untuk kebaikan masa hadapan. Namun begitu, apakah cara untuk memastikan bahawa inovasi selari dengan kemajuan teknologi dapat diterapkan di dalam institusi pendidikan di Negara Malaysia?


Pada pandangan saya, beberapa kaedah boleh di ambil untuk penerapan inovasi di dalam diri setiap individu di Malaysia, seperti mewujudkan subjek khusus teknologi dan inovasi di setiap peringkat bermula dari sekolah rendah, memperkasakan kemudahan teknologi seperti kemudahan internet dan komputer dan menjalankan pemeriksaan tahap keberhasilan inovasi menerusi peperiksaan.

Baiklah yang pertama, subjek khusus teknologi dan inovasi di setiap peringkat bermula dari sekolah rendah dan menjalankan pemeriksaan tahap keberhasilan inovasi menerusi peperiksaan. Rasional kaedah ini adalah kerana, dari peringkat seawal umur 8 tahun lagi kita mampu mendidik dan merangsang minda anak-anak kecil supaya pemikiran mereka lebih kreatif dan tidak menyekat mereka berfikir sehingga di luar kotak pemikiran. Namun begitu, subjek itu hendaklah bermodul dan ringan agar ia dapat diterima dengan baik oleh setiap peringkat usia. Setelah itu, kita perlu menjalankan pemeriksaan tahap keberhasilan inovasi menerusi peperiksaan. Peperiksaan yang dimaksudkan bukanlah hanya menjawab di atas kertas tetapi peperiksaan berbentuk projek seperti projek penghasilan produk kreatif melalui bahan-bahan kitar semula.


 ~contoh semata-mata 

Yang kedua ialah memperkasakan kemudahan teknologi seperti kemudahan internet dan komputer. Kemudahan ini adalah sebagai salah satu alternatif untuk membantu memudahkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Walau bagaimanapun, kemudahan ini hendaklah digunakan secara terkawal dan perlu sentiasa dipantau agar tiada penyalahgunaan berlaku.

Secara tuntasnya, teknologi dan inovasi di dalam pendidikan merupakan salah satu alternatif untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam memastikan  Malaysia sentiasa mendapat tempat di persada Dunia. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maka, setiap usaha perlulah di laksanakan sejak usia kecil agar ia terus menjadi kebiasaan sehingga dewasa.

Sekian.


~melentur buluh biarlah dari rebungnya


Di sediakan oleh,




9 comments:

  1. Saya bersetuju dengan isu ini. namun begitu perlu diingatkan bahawa teknologi boleh menyebabkan masyarakat hancur apabila disalahgunakan. maka perlu ada pengawasan agar ia tidak membantutkan hasrat kerajaan. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. saya bersetuju tentang keberkesanan teknologi dan inovasi yang banyak menyumbang ke arah kemajuan. Sebagaimana ia menjadi salah satu alternatif untuk meningkatkan prestasi sesuatu bidang,penyelarasan dan penambahbaikan boleh dilakukan dalam tempoh tertentu yang bersesuaian dengan matlamat untuk mengelakkan ia menjadi suatu kelemahan yang jelas merosakkan kualiti sesuatu perkara.Selagi ia berada di landasan yang benar, ia akan terus bersifat universal dan produktif.

    ReplyDelete
  3. saya bersetuju dengan isu ini kerana teknologi dan inovasi dalam pendidikan memberi manfaat kepada generasi kini. secara tidak langsung mampu memberi ruang kepada Malaysia untuk berada setanding dengan negara-negara maju yang lain.

    ReplyDelete
  4. saya bersetuju dengan isu ini kerana teknologi dan inovasi dalam pendidikan pada masa kini banyak membangun dan membantu generasi kini dengan lebih maju. Selain itu, isu ini dapat membaiki segala kekurangan yang ada dalam negara kita. Secara tidak langsung,dalam melahirkan insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum saudari..
    saya bersetuju bahawa pelaksanaan pembelajaran subjek inovasi dan teknologi dalam pendidikan bermula dari peringkat awal lagi akan membentuk modal insan yang kreatif,inovatif atau dalam kata lain, mampu berfikir di luar kotak. Peperiksaan berbentuk penghasilan ciptaan kreatif juga dapat memberi impak yang yang maksimum kepada pelajar dalam matapelajaran tersebut. Hal ini kerana pengalaman memhasilkan peratusan terbesar dalam kedapatan pembelajaran.

    ReplyDelete
  6. salam.pada hemat saya.betul teknologi dan inovasi memang penting dan tidak dapat dipisahkan dan gabungannya sangat diperlukan. Hal ini kerana teknologi adalah satu rekaan produk atau satu rekacipta dan yang melonjakkan prestij sesuatu rekacipta adalah inovasi iaitu idea terbaru itu sendiri.Teknologi tanpa inovasi akan mudah ditelan arus zaman kerana hakikatnya pengguna pada hari ini mengimpikan sesuatu kelainan dari satu masa ke satu masa yang lain.Kerana itulah pentingnya pendidikan dalam inovasi seperti yang saudari cadangkan ini.

    ReplyDelete
  7. As salam.. kupasan yang amat menarik daripada saudari Nur farhani. Seirimg dengan perkembangan teknologi pada masa ini, saya amat bersetuju dengan isu ini. Ini kerana kita perlu mahir dalam bidang ini untuk bertanding dengan negara-negara maju lain. Sekiranya kita masih buta teknologi,kita akan ketinggalan jauh.

    ReplyDelete
  8. Penggunaan teknologi semakin meluas dalam kehidupan manusia.Rata-rata menggunakan teknologi bagi memudahkan urusan mereka.Dalam bidang pendidikan juga tidak ketinggalan penggunakan teknologi sebagai suatu pemangkin dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, penggunaan teknologi secara beretika perlu dalam diri setiap manusia agar fungsi utama teknologi untuk memudahkan manusia tidak terpesong sehingga menyebabkan berlakunya penyalahgunaan teknologi dalam kehidupan.

    ReplyDelete
  9. Bismillah...

    alhamdulillah terima kasih di atas pandangan sahabat2..
    semoga pendidikan di negara kita terus membangun seiring dengan kemajuan ummah... insyaALLAH

    wallahu'alam

    ReplyDelete

MY PROFILE

Nama : Nurfarhani Mokhtar

No Matrik : A133706

Program : Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Matematik)

Tahun Pengajian : 2

Semester : Sesi 2 2011/2012

Tutorial : Hari : Selasa


Masa : 8-10 Malam


Tempat : Makmal Komputer 3,Dewan Budiman

E-Mail : hanieybeserians@yahoo.com